Khamis, 14 Januari 2016 | 2:53pm

Uranus lebur rekod Fujin di regatta antarabangsa Langkawi

PASUKAN Uranus memenangi Perlumbaan 6 kelas IRC1 RLIR 2016 di Langkawi, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin

LANGKAWI: Rekod lima kemenangan pasukan Fujin dari Australia lebur di tangan Uranus pada Perlumbaan 6 kelas IRC1 Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2016, di sini, sebentar tadi.  

Uranus yang dikemudi Mohd Masyuri Rahmat memenangi perlumbaan yang membabitkan laluan 'laut terbuka' itu dengan catatan masa 1 jam 38 minit 35 saat manakala Fujin mencatat 1:39:44s untuk berada di kedudukan kedua.  

Tempat ketiga menjadi milik pasukan dari Australia, Emagine yang dikendali Scott Bradley dengan catatan 1:40:19s.

"Syukur kerana kami dapat mencapai kemenangan yang diimpikan," kata Masyuri.

"Apapun perlumbaan masih panjang dan kami akan cuba yang lebih baik lagi pada perlumbaan esok."

Berita Harian X