Ahad, 17 Ogos 2014 | 7:52pm
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (kanan) selepas sidang media Majlis Pakatan Rakyat berhubung isu Menteri Besar Selangor di Hotel Empire, Subang, hari ini. - Foto Sairien Nafis

Pakatan kekalkan Wan Azizah calon tunggal MB Selangor

SUBANG: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sebentar tadi yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta TimbalanPresiden PAS, Mohamad Sabu.

Susulan keputusan itu, Anwar berkata pimpinan pakatan itu akan meneruskan proses menyembahmaklum ketetapan yang dicapai kepada baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali yang hadir pada sidang media itu memaklumkan beliau patuh kepada keputusan parti menyokong Wan Azizah biarpun dicadangkan PAS sebagai calon kedua, pagi tadi.   

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X