Sabtu, 16 Januari 2016 | 12:04am

Kek Mangga

CEF Nurul Syuhada A'zmi bergambar bersama kek mangga. - Foto Nik Hariff Hassan

PENUHKAN aktiviti hujung minggu anda dengan melakukan aktiviti bermanfaat. Jika anda seorang yang bekerja, hari minggu adalah masa yang sesuai untuk bersantai atau pun mencuba perkara baru.

Perkara paling mudah dan menyeronokkan adalah menghasilkan manisan mulut. Bukan saja anda dapat menyajikan keluarga dengan air tangan sendiri tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran membuat manisan.

Sememangnya membeli kek atau kuih di kedai lebih mudah, tetapi ia lebih istimewa sekiranya dihasilkan sendiri.

Bangkitkan rasa

KEK mangga oleh Cef Nurul Syuhada A'zmi. - Foto Nik Hariff Hassan

Kali ini kita berkongsi menu baharu iaitu kek mangga. Keistimewaan kek mangga yang disediakan Zawara Coffee ini ialah ia kaya dengan rasa buah mangga.

Cef Nurul Syuhada A'zmi, berkata keunikan kek mangga yang dihasilkan adalah menggunakan buah mangga sebenar, bukan bahan perasa biasa.

"Selain sos mangga yang dituang ke atas kek mangga, saya juga meletakkan buah mangga yang dipotong dadu di atas kek berkenaan.

"Buah mangga itu berperanan untuk membangkitkan lagi rasa kek itu," katanya.

Bahan-bahan:

  • Krim keju 700gram (g)
  • Puri mangga 50g
  • Gula 200g
  • Mentega 20g
  • Gelatin 15g
  • Krim putar 150g
  • Serbuk biskut 200g
  • Mangga 500g

Cara-cara:

1. Campurkan serbuk biskut bersama mentega. Bakar dengan suhu ketuhar 180 darjah celcius.

2. Pukul krim keju, gula dan puri mangga hingga sebati. Tambahkan gelatin dan krim putar.

3. Masukkan ke dalam peti sejuk selama tiga jam.

4. Letakkan kek krim keju itu di atas serbuk biskut yang siap dibakar.

Penyediaan kek mangga

5. Potong buah mangga menjadi bentuk dadu dan hiaskan diatas kek itu dan ia siap dihidang.

Berita Harian X