Rabu, 20 Januari 2016 | 10:23am

Pemilik Ampang Park dapat kebenaran semakan kehakiman

KUALA LUMPUR: Seramai 39 pemilik strata pusat beli-belah Ampang Park, berjaya mendapat kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman mencabar kelulusan Kementerian Wilayah Persekutuan dan tiga lain, berhubung pengambilan tanah bagi projek Mass Rapid Transit (MRT).

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu dalam kamar beliau sebentar tadi. Pemilik strata berkenaan diwakili peguam Datuk Edward Ng Boon Siong.

Mereka memfailkan permohonan kebenaran pada 8 Januari lalu dengan menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan; Kerajaan Malaysia; Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan sebagai defendan.

Dalam permohonan itu, semua pemilik strata memohon kelulusan yang diberikan oleh responden dalam permohonan pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mereka turut memohon, pelaksanaan pengambilan tanah bagi projek Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya oleh responden digantung serta-merta hingga selesai permohonan semakan kehakiman.

11 dibaca
Berita Harian X