X
Khamis, 21 Januari 2016 | 11:46am

Terbuka Australia: Muguruza teruskan kemaraan

BINTANG tenis Sepanyol, Garbine Muguruza. - Foto EPA
BINTANG tenis Sepanyol, Garbine Muguruza. - Foto EPA

MELBOURNE: Bintang tenis Sepanyol, Garbine Muguruza melepasi saingan Kirsten Flipkens sebentar tadi untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia.

Pemain ranking ketiga dunia itu bagaimanapun menerima tentangan sengit pada set pertama sebelum menang ke atas pemain veteran dari Belgium itu dengan 6-4, 6-2 dalam masa 79 minit di gelanggang Rod Laver Arena.

Muguruza, yang tewas di final Wimbledon tahun lalu kepada Serena Williams, berjaya sehingga ke pusingan keempat pada 2014 dan pada 2015 disekat Serena juga pada peringkat keempat.

Menanti Muguruza di pusingan keempat nanti ialah Barbora Strycova, yang terdahulu menewaskan pemain Amerika Syarikat, Vania King 7-6 (5), 6-4. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X