Sabtu, 23 Januari 2016 | 9:49am

Yayasan Eco World rai murid cemerlang UPSR


TAN Sri Lee Lam Thye (lima dari kiri) menyampaikan anugerah kepada pelajar di bawah Program Bantuan Pelajar Eco World di Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2015 anjuran Yayasan Eco World. - Foto NSTP

KOTA KINABALU: Kecemerlangan 20 murid di Sabah diiktiraf oleh Yayasan Eco World sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini malam tadi.

Tujuh daripada murid berkenaan meraih Anugerah Paling Cemerlang, tiga mendapat Anugerah Cemerlang, manakala 10 lagi menerima Anugerah Prestasi Paling Meningkat.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kapten (B) Liew Siong Sing.

Sementara itu, Lam Thye berkata, murid berkenaan adalah dari enam sekolah sekitar Kota Kinabalu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1, SK Kepayan, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Stella Marris, SRK Sacred Heart, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa dan SJK (C) Yick Nam.

"Kita mahu membantu murid miskin dan tidak berkemampuan untuk merebut peluang dalam pelajaran," katanya.

Syarikat pemaju, Eco World Development Group Berhad (Eco World) melancarkan Yayasan Eco World pada 24 September lalu. 

Berita Harian X