Sabtu, 23 Januari 2016 | 1:01pm

Pelajar perlu mampu terima perubahan untuk berjaya - PM

NAJIB bersalaman dengan orang ramai setibanya di Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2015 dan bantuan persekolahan pelajar miskin Parlimen Pekan, di Pekan, hari ini. - Foto Luqman Hakim Zubir

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mahu pelajar memiliki kemampuan mengadaptasi persekitaran baharu berikutan peredaran masa dengan memiliki idea kreatif dan inovasi.

Perdana Menteri berkata, ia penting bagi mencari pekerjaan yang akan wujud pada masa hadapan.

Katanya, semua pihak perlu membuat kesiapsiagaan bagi mengisi cabaran yang perlu dilakukan dalam sistem pendidikan.

"Masyarakat perlu memahami bahawa sekolah bukan lagi milik guru dan pelajar tetapi juga adalah tanggungjawab komuniti setempat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 dan bantuan persekolahan pelajar miskin Parlimen Pekan, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Pekan, Datuk Ibrahim Awang Ismail dan Ketua Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Abdul Karim Mustafa.

Berita Harian X