Isnin, 25 Januari 2016 | 10:36pm

Zhang manfaatkan kecederaan Keys

REAKSI Zhang Shuai dari China ketika menentang Madison Key dari Amerika Syarikat pada Terbuka Australia, hari ini. - Foto EPA
REAKSI Zhang Shuai dari China ketika menentang Madison Key dari Amerika Syarikat pada Terbuka Australia, hari ini. - Foto EPA

MELBOURNE: Pemain kelayakan dari China, Zhang Shuai, meneruskan impiannya di Terbuka Australia apabila mara ke suku akhir selepas menumbangkan pemain nombor 15 dunia, Madison Keys yang terpaksa bermain dengan kecederaan di kaki kirinya.

Zhang tewas kesemua 14 perlawanan Grand Slam sebelum kejohanan ini, namun dia kini berjaya memenangi semua empat perlawanan berturut-turut di kejohanan ini dengan menundukkan pemain Amerika Syarikat itu 3-6, 6-3, 6-3.

Dia dijadual bertemu pemain Britain, Johanna Konta yang turut mara selepas mengalahkan pilihan ke-21 daripada Russia yang melangkah ke separuh akhir tahun lalu, Ekaterina Makarova 4-6, 6-4, 8-6.

"Nasib Madison kurang baik kerana mengalami kecederaan, jadi saya bertuah hari ini. Namun ia membuatkan saya hilang fokus kerana melihat dia bergelut dengan kesakitan.

"Tetapi saya gembira kerana berjaya layak ke suku akhir," kata Zhang. - AFP

Berita Harian X