Selasa, 26 Januari 2016 | 12:08am
ABDUL Malik menunjukkan koleksi mainan antik yang dipamerkan di 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman
ABDUL Malik menunjukkan koleksi mainan antik yang dipamerkan di 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman
ABDUL Malik Mohamed Ariffin menunjukkan koleksi yang dipamerkan 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman
ABDUL Malik Mohamed Ariffin menunjukkan koleksi yang dipamerkan 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA koleksi yang dipamerkan di 'Bens Toy Vintage Museum'. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA koleksi yang dipamerkan di 'Bens Toy Vintage Museum'. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA koleksi kereta mainan di 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA koleksi kereta mainan di 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA koleksi permainan di 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman

ABDUL Malik Mohamed Ariffin menunjukkan koleksi kereta, skuter dan basikal roda tiga yang ada di 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman

SKUTER mainan antik yang ada di 'Bens Toy Vintage Museum'. - Foto Zulaikha Zainuzman
SKUTER mainan antik yang ada di 'Bens Toy Vintage Museum'. - Foto Zulaikha Zainuzman
MUZIUM keluarga 'Bens Toy Vintage Museum' yang beroperasi di Lebuh Acheh, Georgetown dibuka kepada orang awam. - Foto Zulaikha Zainuzman
MUZIUM keluarga 'Bens Toy Vintage Museum' yang beroperasi di Lebuh Acheh, Georgetown dibuka kepada orang awam. - Foto Zulaikha Zainuzman

Komik edisi pertama Superman paling berharga

GEORGETOWN: Siapa sangka, naskhah komik aksi yang menampilkan adiwira pujaan seluruh dunia, Superman atau The Man of Steel, buat kali pertama pada Jun 1938, berada di Pulau Pinang.

Ketika ini, naskhah asal edisi pertama komik aksi yang sudah berusia 78 tahun itu, dipercayai dimiliki kurang dari 100 individu di seluruh dunia.

Naskhah asalnya pernah mencatatkan harga jualan RM14 juta (AS$3.2 juta) ketika dilelong menerusi e-Bay pada 2014, meletakkan ia pemegang rekod komik paling mahal di dunia ketika ini.

Ekoran nilai pasarannya, komik terbitan DC Comics itu adalah di antara bahan pameran paling berharga dan menarik perhatian ramai di 'Bens Toy Vintage Museum' dekat Lebuh Acheh, di sini.

Pemilik muzium berkenaan, Abdul Malik Mohamed Ariffin, 23, berkata komik yang pernah mencetuskan fenomena dunia itu dibeli di England oleh datuknya, Allahyarham Ahmad Tahir Ben, yang amat meminati barangan mainan klasik.

"Ketika hayatnya, Allahyarham datuk saya yang bekerja sebagai kelasi kapal berkelana ke seluruh dunia. Destinasi persinggahan sepanjang pelayaran yang ditempuh memudahkan beliau mengumpul barangan mainan antik.

ABDUL Malik Mohamed Ariffin menunjukkan koleksi komik Superman edisi pertama yang diwarisi daripada datuknya. - Foto Zulaikha Zainuzman
ABDUL Malik Mohamed Ariffin menunjukkan koleksi komik Superman edisi pertama yang diwarisi daripada datuknya. - Foto Zulaikha Zainuzman

"Namun, banyak barang mainan yang dipamerkan muzium ini dibeli di Jepun dan England, kerana ketika itu, dua negara berkenaan menjadi pelopor industri permainan kanak-kanak," katanya yang menjadi pewaris ketiga semua koleksi berkenaan.

Abdul Malik berkata, ilham membuka muzium itu tercetus selepas melihat lambakan koleksi barang mainan klasik yang dikumpul datuknya sejak tahun 1930-an.

Menganggarkan memiliki lebih 2,000 koleksi mainan antik, Abdul Malik mengakui mula jatuh cinta dengan semua barangan itu ketika berumur 15 tahun.

"Dahulu saya tidak tahu nilai barangan ini, tetapi akhirnya saya juga mengikut jejak datuk dengan meneruskan usaha mengumpul barang permainan antik.

"Kira-kira 40 peratus daripada barangan di sini adalah milik keluarga, manakala selebihnya ada yang saya beli daripada pengumpul lain," katanya.

Antara barang permainan klasik yang dipamerkan di 'Bens Toy Vintage Museum' ialah kereta pedal, skuter pedal, basikal roda tiga, robot dan pelbagai koleksi mainan menarik yang masih berfungsi tetapi tidak lagi dijual oleh mana-mana kedai.

HIASAN dalaman muzium 'Bens Toy Vintage Museum' di Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman
HIASAN dalaman muzium 'Bens Toy Vintage Museum' di Lebuh Acheh, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman

Abdul Malik berkata, beliau kerap kali menerima pelbagai tawaran lumayan daripada peminat koleksi barang permainan antik, terutamanya pelancong asing.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya akan menjual beberapa barangan yang diklasifikasikan sebagai 'boleh dicari ganti'.

"Biasanya memang tidak jual tetapi terpulang kepada nilai barang berkenaan. Saya pernah jual permainan antik pada harga RM10,000 kepada seorang pelancong asing hanya kerana barangan itu mengimbau kembali kenangan dia ketika zaman kanak-kanak," katanya.

Mula dibuka sejak tahun 2013, 'Bens Toy Vintage Museum' pernah dilawati orang kenamaan termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Malah, Abdul Malik berkata, pada hari pelepasan am dan cuti sekolah, muziumnya mampu menerima sehingga 5,000 pengunjung setiap hari.

'Bens Toy Vintage Museum' yang terletak berdekatan Masjid Lebuh Acheh dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 malam dengan bayaran tiket RM6 untuk dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.

Berita Harian X