Khamis, 28 Januari 2016 | 1:04pm

Unjuran KDNK 2016 disemak semula - Najib

NAJIB berucap pada pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016, di Putrajaya hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus berbanding sasaran awal pertumbuhan ekonomi sebanyak 4 hingga 5 peratus.

Ini selari dengan andaian purata harga minyak mentah Brent pada AS$30 hingga AS$35 setong.

Pada Bajet 2016 yang diumumkan tahun lepas, Bajet 2016 dibuat dengan andaian harga minyak pada AS$48 setong.

Perdana Menteri mengumumkan semakan semula andaian itu pada pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016, di Putrajaya hari ini. - BERNAMA

Berita Harian X