Khamis, 28 Januari 2016 | 3:30pm

Agenda Bumiputera diiktiraf di persada dunia - PM


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto Reuters

PUTRAJAYA: Agenda Bumiputera bukan lagi satu agenda nasional, sebaliknya kini sudah diangkat dan diiktiraf di persada dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, tidak timbul sama sekali tuduhan oleh sesetengah pihak kononnya kerajaan berkompromi tentang soal kedaulatan negara ketika berunding dengan negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menyaksikan perjanjian itu diluluskan di Dewan Rakyat, semalam.

"Kita tidak bersifat apologetik dalam mempertahankan agenda Bumiputera ketika berunding dengan anggota-anggota TPPA.

"Malah, ketahuilah bahawa hasil kesungguhan dan ketegasan kerajaan dalam proses perundingan, akhirnya, anggota-anggota TPPA telah menerima dan mengiktiraf Dasar Bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma TPPA di peringkat global," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, hari ini.

- BERNAMA

22 dibaca
Berita Harian X