Khamis, 28 Januari 2016 | 4:10pm

Emolumen penjawat awam tidak terjejas - PM


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto AFP

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada 1.6 juta penjawat awam pada 1 Julai tahun ini akan diteruskan, seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016.

Selain itu, beliau berkata kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam, termasuk golongan lantikan secara kontrak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi berpaksikan falsafah ekonomi rakyat.

"Ini, tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan," katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, hari ini.

- BERNAMA

95 dibaca
Berita Harian X