Jumaat, 29 Januari 2016 | 10:35am

Pelabur tunggu dan lihat, Bursa dibuka sederhana

Sumber bursamalaysia.com
Sumber bursamalaysia.com

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan bercampur-campur pagi ini susulan dagangan berpilih ketika peniaga kekal menunggu di luar pasaran.

Pada jam 9.30 pagi, penanda aras FBM KLCI berada 0.43 mata lebih rendah pada 1,634.10, berbanding penutup semalam 1,634.53.

Indeks utama itu dibuka 0.81 mata lebih tinggi pada 1,635.34.

Pasaran secara umumnya positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 268 berbanding 162, manakala 200 kaunter tidak berubah, 1,139 tidak diniagakan dan 60 lagi digantung.

Perolehan mencecah 285.09 juta saham bernilai RM237.24 juta.

"Prestasi kukuh semalam Wall Street gagal menarik pelabur, mungkin kerana hampir ke hujung minggu," kata seorang peniaga.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat mata kepada 11,375.71, FBMT100 menokok 17.96 mata kepada 11,084.79 dan FBM Emas Shariah naik 1.20 mata kepada 12,195.74.

Indeks FBM 70 melonjak 95.60 mata kepada 12,729.58, manakala FBM Ace meningkat 22.42 mata kepada 5,812.73.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan menokok 95.26 mata kepada 13.764.96, Indeks Perladangan meningkat 54.98 mata kepada 7,629.50, manakala Indeks Perusahaan susut 5.76 mata kepada 3,225.55.

Dalam kalangan saham mewah, Petronas Chemicals dan IOI Corporation masing-masing meningkat 12 sen kepada RM7.13 dan RM4.55, manakala Maybank menokok sembilan sen kepada RM8.50.

Antara saham diniagakan cergas pagi ini termasuk KNM, Sumatec, AirAsia X dan Perisai.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X