Isnin, 1 Februari 2016 | 12:52am

50 maut dalam serangan Boko Haram

ORANG ramai melihat bangkai haiwan dan rumah yang rentung akibat serangan militan Boko Haram di perkampungan Dalori, yang terletak lima kilometer dari Maiduguri, Nigeria, semalam.

MAIDUGURI: Berpuluh penduduk terbunuh apabila militan Boko Haram bersenjatakan senapang dan bahan letupan menyerang sebuah perkampungan di timur laut Nigeria, semalam.

Tentera Nigeria berkata, militan menyerang Dalori, terletak 12 kilometer dari bandar ini lewat semalam dan membakar perkampungan itu.

Jurucakap tentera, Kolonel Mustapha Anka, dalam satu kenyataan berkata, sejumlah besar penduduk maut dan cedera dalam insiden itu.

Anka berkata, militan tiba di perkampungan itu menaiki kereta serta motosikal dan melepaskan tembakan serta membakar rumah.

Katanya, tiga pengebom wanita juga meletupkan diri, menyebabkan berpuluh lagi cedera.

Penduduk mendakwa, sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam serangan yang berlaku selepas solat Isyak itu. - AFP

Berita Harian X