Isnin, 1 Februari 2016 | 3:16pm

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah tiba


PENGERUSI Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Tan Sri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, memasuki Wisma Darul Aman, di sini jam 3 petang bagi menghadiri perjumpaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah.

ALOR SETAR: Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Tan Sri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, memasuki Wisma Darul Aman, di sini jam 3 petang bagi menghadiri perjumpaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah.

Terdahulu, Tunku Panglima Besar, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, tiba jam 2.40 petang, diikuti Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, 15 minit kemudian.

Difahamkan, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan ADUN dipercayai sudah menunggu di Wisma Darul Aman bagi menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dipercayai bagi membincangkan berhubung kemelut politik di Kedah.

Berita Harian X