Selasa, 2 Februari 2016 | 3:24pm

Ringgit antara paling teruk jatuh di Asia


Won Korea Selatan

SINGAPURA: Ringgit menerajui kejatuhan dalam kalangan mata wang negara membangun Asia hari ini berikutan harga minyak mentah terus jatuh dan aktiviti perkilangan global kekal lemah, mengurangkan selera pelabur bagi aset yang lebih berisiko.

Ringgit juga menerima tekanan lanjut daripada kebimbangan diperbaharui berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pihak berkuasa Singapura berkata, mereka menahan sejumlah besar akaun bank dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kemungkinan 1MDB terbabit dalam pengubahan wang haram.

Won Korea Selatan susut berikutan inflasi Januari semakin perlahan ke paras terendah empat bulan, menambahkan lagi tekanan ke atas bank pusat bagi pengurangan lanjut kadar faedah.

Dolar Taiwan naik didorong peningkatan permintaan korporat sebelum cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Harga minyak meneruskan kejatuhan disebabkan kebimbangan berhubung keadaan ekonomi pengguna tenaga terbesar, China dan pertambahan bekalan.

Pasaran saham Asia jatuh

"Aset berisiko termasuk mata wang Asia belum lagi menjumpai momentum kenaikan. Malahan, belum ada kemungkinan untuk kita menyaksikan pengukuhan dalam tempoh singkat dalam data ekonomi," kata Jeong My-young, ketua penyelidik di Samsung Futures di Seoul.

Ringgit semakin jatuh berikutan peningkatan kebimbangan berhubung penyusutan pendapatan minyak dan gas Malaysia dan menyebabkan tekanan kepada atas kewangan kerajaan.

Malaysia adalah pembekal utama minyak sawit dan gas asli cecair. - REUTERS

Berita Harian X