Jumaat, 5 Februari 2016 | 8:19am

100 rumah atas air terbakar di Sandakan

KEBAKARAN memusnahkan kira-kira 100 rumah atas air di Kampung Lupak Meluas, dekat Sandakan. - Foto Juzaimie Jazlan

SANDAKAN: Kira-kira 100 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, dekat sini, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu kira-kira jam 11 malam.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata bomba menerima panggilan pada jam 11.03 malam sebelum menghantar empat jentera bersama 23 anggota ke lokasi.

Katanya, bomba dapat mengawal api daripada merebak ke sebuah kilang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak Meluas.

"Kita gunakan sumber air dari parit dan pili bomba untuk memadam kebakaran. Api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.25 pagi.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

TIADA kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu kira-kira jam 11 malam tadi. - Foto Juzaimie Jazlan

BOMBA dapat mengawal api daripada merebak ke sebuah kilang dan PPR Lupak Meluas. - Foto Juzaimie Jazlan

Berita Harian X