Jumaat, 17 Oktober 2014 | 3:37pm

Golden Holidays tawar pakej pelancongan Jakarta, Bandung

KUALA LUMPUR: Golden Holidays, unit pengendalian pelancongan Penerbangan Malaysia (MAS), menawarkan pakej percutian empat hari tiga malam ke Jakarta dan Bandung pada hanya RM1,730 seorang mulai sekarang hingga 31 Disember ini.

MAS berkata pakej 'Taste of Jakarta-Bandung' itu termasuk tiket kelas ekonomi pergi balik, penginapan, disambut di lapangan terbang dan dibawa melawat ke destinasi menarik.

Ketika lawatan berkenaan, pelanggan akan dibawa ke pelbagai tempat menarik seperti Bogor dan Taman Safari di Jakarta sebelum ke Bandung.

Baru-baru ini Golden Holidays melancarkan brosur Destinasi ASEAN yang meliputi lapan negara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Myanmar.

Brosur 144 muka surat itu penuhi dengan idea, maklumat percutian, destinasi dan peta destinasi bagi membantu pelanggan merancang percutian mereka.

Maklumat lanjut mengenai pakej boleh didapati dengan menghubungi ejen pelancongan atau mengunjungi pejabat Golden Holidays di KL Sentral atau melayari laman web MAS di http://holiday.malaysiaairlines.com atau emel kepada [email protected]. - BERNAMA

Berita Harian X