Ahad, 7 Februari 2016 | 9:03am
ROKET jarak jauh sebelum dilancarkan dari pangkalan roket Dongchang-ri. - Foto Reuters

Korea Utara tembak roket jarak jauh

SEOUL: Korea Utara melancarkan roket jarak jauh yang didakwanya membawa satelit, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Roket berkenaan dilepaskan dari pangkalan roket Dongchang-ri, di barat laut negara itu kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan Korea.

Tindakan itu sekali gus melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang negara itu menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.

Korea Utara memberitahu agensi PBB ia merancang melancarkan roket membawa satelit pemantauan Bumi, mencetuskan bantahan banyak negara yang melihat ia sebagai ujian peluru berpandu jarak jauh. - REUTERS

Berita Harian X