Ahad, 7 Februari 2016 | 11:41pm

Malaysia kutuk pelancaran roket Korea Utara

IBU pejabat Wisma Putra di Putrajaya.
IBU pejabat Wisma Putra di Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk pelancaran roket jarak jauh oleh Republik Demokratik Rakyat Korea, hari ini.

Kementerian Luar berkata, Malaysia kesal kerana negara itu masih meneruskan program misilnya.

"Tindakan sebegini adalah pencabulan yang jelas terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)," kata kementerian itu dalam kenyataannya, di sini, malam ini.

Wisma Putra menyebut, demi keamanan dan keselamatan antarabangsa, Malaysia menggesa Republik Demokratik Rakyat Korea untuk menghentikan serta-merta program sedemikian dan mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Media antarabangsa melaporkan Korea Utara melancarkan roket jarak jauh yang didakwanya membawa satelit.

Roket berkenaan dilapor dilepaskan dari pangkalan roket Dongchang-ri, di barat laut negara itu kira-kira jam 9.30 pagi tadi (waktu Korea Utara). - BERNAMA

Berita Harian X