Selasa, 9 Februari 2016 | 7:08pm
Gelagat Zara Zya ketika hadir majlis memperkenalkan produk kecantikan kulit Nad Zainal.

Nad Zainal sangka diri sudah hamil

PETALING JAYA: Gara-gara pening kesan mengambil produk kecantikan dan penjagaan kulit yang diusahakan sendiri, Nad Zainal menyangka dirinya sudah hamil.

Sebagai isteri kepada Faliq Amirudin yang dinikahinya, Disember lalu, Nad teruja andai ditakdirkan dikurniakan zuriat.

"Sebagai isteri, pasti saya teruja jika hamil. Lucunya, suami saya, apabila mendapat tahu punca sebenar saya pening akibat kesan detox produk kecantikan yang diamalkan, dia sempat menyakat.

"Selepas berkahwin, saya sudah bersedia menjadi ibu. Cuma belum rezeki lagi untuk saya mengandung," katanya pada majlis memperkenalkan produk kecantikan dan penjagaan kulit, Audela, yang diusahakannya di sini, petang ini.

Nad berkata, Faliq tidak kisah soal zuriat.

"Cuma Faliq pernah cakap, kalau boleh nak hidup berdua dulu dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki hamil awal, saya terima saja," katanya.

Nad juga tidak bimbang badan naik mendadak jika ditakdirkan hamil.

Dengan memiliki produk sendiri yang boleh membantu mengawal berat badan, Nad tidak gusar.

"Pelakon Bollywood, Aishwarya Rai selepas bersalin juga naik berat badan. Tapi sekarang dia sudah kurus. Semua ini terpulang pada diri sendiri..mahu atau tidak saja," katanya yang sempat berbulan madu di Pulau Langkawi, baru baru ini.

Nad ketika ini sedang sibuk menghabiskan penggambaran drama Auta bergenre komedi untuk siaran TV3.

Nad juga terbabit dalam filem Soul Mate arahan Prof A Razak Mohaideen, yang turut dibintangi Taufik Batisah, Erra Fazira dan Raja Ilya.

135 dibaca
Berita Harian X