Rabu, 10 Februari 2016 | 9:15pm

Bomba selamatkan kerbau jatuh longkang

KERBAU yang diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat selepas terjatuh dari longkang sedalam kira-kira dua meter di Bandar Utama, Sungai Petani, pagi tadi.

SUNGAI PETANI: Dua ekor kerbau jantan diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terjatuh dari longkang sedalam kira-kira dua meter di Bandar Utama, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kerbau berkenaan dipercayai terjatuh pada waktu malam apabila terdapat kesan luka lama di belakang badan kedua-dua haiwan itu.

"Kami menerima panggilan jam 8. 15 pagi tadi sebelum lima anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Zaidi Yaacob Mohd dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani tiba di lokasi kejadian jam 816 pagi.

"Tindakan menyelamat haiwan itu dilakukan dengan mengeluarkan kedua-duanya menggunakan tali dan hose.

"Selepas dikeluarkan, haiwan itu dihalau masuk ke kawasan hutan berhampiran," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berita Harian X