Khamis, 11 Februari 2016 | 12:10am
SEBAHAGIAN daripada 70 penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
SEBAHAGIAN daripada 70 penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
WARTAWAN Berita Harian meraikan 70 orang penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang sempena program kerja amal dan menyampaikan sumbangan baru-baru ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
WARTAWAN Berita Harian meraikan 70 orang penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang sempena program kerja amal dan menyampaikan sumbangan baru-baru ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
WARTAWAN BH mengagihkan sumbangan makanan kepada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
WARTAWAN BH mengagihkan sumbangan makanan kepada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
WARTAWAN BH memberikan makanan kepada penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
WARTAWAN BH memberikan makanan kepada penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

WARTAWAN BH membantu menyuapkan makanan kepada penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
WARTAWAN BH membantu menyuapkan makanan kepada penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menjamu selera. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menunaikan solat bersama tetamu yang mengunjungi mereka untuk menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menunaikan solat bersama tetamu yang mengunjungi mereka untuk menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah turut mengusahakan ternakan ikan dalam kolam. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah turut mengusahakan ternakan ikan dalam kolam. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
SEBAHAGIAN daripada tanaman yang diusahakan oleh penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah . - Foto Muhd Zaaba Zakeria
SEBAHAGIAN daripada tanaman yang diusahakan oleh penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah . - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Berkebun jadi terapi warga tua penghuni Pusat Al-Fikrah

KAJANG: Menghabiskan sisa hidup di rumah kebajikan, bukanlah kehendak mana-mana individu apatah lagi mendiaminya hingga menghembuskan nafas terakhir.

Namun, bagi segelintir warga tua, itulah hakikat yang hidup terpaksa ditempuh, walaupun pahit namun perlu ditelan memikirkan usia yang sudah melebihi setengah abad dengan kudrat tidak lagi gagah seperti dulu.

Kehidupan di rumah orang tua memang membosankan jika dikelilingi rakan-rakan senasib yang gemar mengimbas kembali cerita lara dan duka, akhirnya memberikan tekanan perasaan kepada penghuni.

Namun, berbeza dengan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah di sini, yang mempunyai pendekatan tersendiri bagi memastikan aktiviti seharian warga tua yang menghuni pusat ini sentiasa penuh.

Pusat jagaan itu tidak sekadar menjadi penjaga makan dan minum warga tua semata-mata, sebaliknya segala aspek dititik beratkan mereka terutamanya segi psikologi terapi dan kerohanian jiwa.

KEBUN tanaman yang diusahakan penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah terbuka kepada orang ramai untuk membeli hasil pertanian di situ. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
KEBUN tanaman yang diusahakan penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah terbuka kepada orang ramai untuk membeli hasil pertanian di situ. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Pengerusinya, Mohd Azmi Mohd Zain, berkata setiap manusia memerlukan kasih sayang dan menjadi tanggungjawab pihaknya mencari jalan bagaimana ingin memberikan kasih sayang yang diperlukan warga emas di pusat ini.

Beliau berkata, pada mulanya memang warga tua di situ hanya menjalankan aktiviti biasa dan mengharapkan bantuan pihak luar, namun sejak beberapa tahun lalu, pengurusan Al-Fikrah mengambil langkah memberikan sendiri terapi kepada warga emas di sini.

"Pusat jagaan ini berada di atas tanah wakaf dan ada tanah yang luar di belakang rumah utama. Daripada dibiarkan kosong, kami mengambil langkah memajukan tanah itu dengan bercucuk tanam dan memelihara ternakan.

"Ia juga dapat dijadikan terapi kepada warga emas di sini. Daripada dibiarkan mereka berbual sesama sendiri dan hanya berbaring di katil, dengan kemudahan sebegini diharap mereka dapat meluangkan aktiviti secara lebih bermanfaat.

"Setiap hari, kami akan bawa mereka ke kebun di belakang rumah. Di situ mereka bebas menjalankan apa saja aktiviti termasuk mengadakan tazkirah Subuh. Selain itu, suasana kebun dapat memberikan kembali suasana kampung yang amat dirindui kebanyakan mereka," katanya.

PENGERUSI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah, Mohd Azmi Mohd Zain. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGERUSI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah, Mohd Azmi Mohd Zain. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Selain dapat memberikan ketenangan seperti di kampung, Azmi berkata, ia juga menjadi aktiviti tambahan kepada warga tua di situ apabila dapat bercucuk tanam atau menjaga haiwan ternakan.

Katanya, ini memberikan warga emas di sini satu tanggungjawab dalam menjaga tanaman dan ternakan di sini dan menjadikan mereka lupa dengan kesengsaraan dan kerinduan kepada keluarga.

Antara tanaman yang ada di Al-Fikrah adalah cili, tomato, ubi kayu, sayur-sayuran selain ternakan ikan, itik, angsa, burung dan ayam selasih.

"Apabila ada aktiviti, mereka dapat lupakan perkara lain seperti rindu kepada keluarga atau kisah sedih. Golongan sebegini hidup mereka penuh dengan nostalgia dan tugas kami sebagai penjaga ingin menggembirakan mereka.

"Ada aktiviti sebegini, masa mereka dapat terisi dan ia juga satu senaman mengeluarkan peluh. Selalunya selepas solat Subuh kita akan bawa mereka ke belakang dan bagi tazkirah. Selepas itu mereka boleh membantu bercucuk tanam atau memberi makan haiwan peliharaan serta beriadah," katanya.

Mohd Azmi berkata, jika dahulu, ramai yang menghabiskan masa di atas katil tapi kini sejak dijalankan aktiviti sedemikian, kesihatan 70 warga emas yang menghuni Al-Fikrah semakin bertambah baik.

PENGHUNI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menunaikan solat bersama tetamu yang mengunjungi mereka untuk menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fikrah menunaikan solat bersama tetamu yang mengunjungi mereka untuk menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Katanya, jika dulu ada yang tidak larat berjalan tapi sejak disediakan aktiviti sedemikian, mereka sanggup gagahkan diri berjalan ke belakang rumah, yang secara tidak langsung membuatkan mereka kembali cergas.

Pada masa yang sama juga katanya, turut diterapkan ilmu agama dan dikaitkan dengan aktiviti sebegini.

Tanaman dan haiwan ternakan di situ secara umumnya untuk kegunaan penghuni sendiri tapi ada juga yang dijual bagi menampung kos operasi pusat jagaan.

"Tarikan kebun kami adalah ternakan ayam selasih. Ramai pengunjung yang tidak pernah melihat ayam selasih ini kerana bulunya yang panjang dan unik, berbeza dengan ayam biasa.

"Kami sering kaitkan keunikan ayam selasih ini dengan kisah penghuni di sini. Ayam selasih itu pelik tapi istimewa dan disukai ramai. Begitu juga dengan penghuni di sini, kehidupan mereka penuh duka tapi mereka tetap istimewa di mata semua orang," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X