Sabtu, 13 Februari 2016 | 12:19pm

Zidane tidak terdesak kerah Bale

GARETH Bale.

MADRID: Real Madrid tidak akan mengambil sebarang risiko terhadap penyerangnya, Gareth Bale yang kembali daripada kecederaan dan bintang Wales itu hanya kembali bersama kelab sekiranya beliau benar-benar bersedia.

Bale tidak beraksi sejak 17 Januari lalu selepas kecederaan otot betis ketika aksi liga bertemu Sporting Gijon.

Media Sepanyol melaporkan karier Bale di Real musnah ekoran masalah kecederaan dan lambat dalam proses pemulihan.

Pengendali Real, Zinadine Zidane, berkata Real perlu lebih bersabar dan beri lebih masa kepada Bale untuk pulih.

"Jika dia tidak selesa, ia akan mencederakannya. Dia pemain yang sangat penting untuk kami.

"Kami tidak mahu ambil risiko terhadapnya. Kami mahu dia berada situasi 100 peratus, bukannya 80 atau 85 peratus." - Reuters

Berita Harian X