Sabtu, 13 Februari 2016 | 10:36pm
SULTAN Nazrin Shah berangkat menghadiri dan memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2016 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, di Kuala Kangsar, malam ini. - Foto Yahya Zainuddin
SULTAN Nazrin Shah berangkat menghadiri dan memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2016 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, di Kuala Kangsar, malam ini. - Foto Yahya Zainuddin

Sultan Perak hadir sambutan Tahun Baharu Cina

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berangkat menghadiri dan memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2016 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, di sini malam ini.

Baginda berdua tiba pada jam 9.25 malam dan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Baginda kemudian menyempurnakan lukisan monyet sebagai simbolik merasmikan pembukaan sambutan berkenaan sebelum Tuanku Zara berkenan menyampaikan 'ang pau' kepada anak-anak yatim pelbagai kaum.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Seramai kira-kira 1,000 rakyat pelbagai kaum hadir memeriahkan sambutan berkenaan dalam suasana penuh harmoni dengan tetamu menikmati hidangan masakan Cina.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan termasuk persembahan orkestra daripada Sekolah Menengah Tsung Wah dan tarian kebudayaan daripada penari kebudayaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X