Selasa, 16 Februari 2016 | 12:04am
PASAR Bisik Kuala Muda masih dikunjungi pelanggan selepas kejadian tsunami pada Disember 2004 . - Foto Amir Irsyad Omar
PASAR Bisik Kuala Muda masih dikunjungi pelanggan selepas kejadian tsunami pada Disember 2004 . - Foto Amir Irsyad Omar
NELAYAN keluar awal pagi mencari rezeki di Kuala Muda Penaga, Kepala Batas. - Foto Amir Irsyad Omar
NELAYAN keluar awal pagi mencari rezeki di Kuala Muda Penaga, Kepala Batas. - Foto Amir Irsyad Omar
PASAR Bisik Kuala Muda mempunyai keunikan tersendiri sehingga mampu menarik minat orang luar. - Foto Amir Irsyad Omar
PASAR Bisik Kuala Muda mempunyai keunikan tersendiri sehingga mampu menarik minat orang luar. - Foto Amir Irsyad Omar
HARGA jualan berbeza mengikut musim. - Foto Amir Irsyad Omar
HARGA jualan berbeza mengikut musim. - Foto Amir Irsyad Omar
HASIL laut yang tidak habis dijual disimpan untuk dihantar ke pasar awam lain. - Foto Amir Irsyad Omar
HASIL laut yang tidak habis dijual disimpan untuk dihantar ke pasar awam lain. - Foto Amir Irsyad Omar

Pasar Bisik Kuala Muda jadi tarikan


Amalan berbisik yang dimulakan kira-kira 50 tahun lalu, kekal sebagai tradisi menentukan harga jual beli hasil tangkapan laut segar di antara nelayan dan pelanggan di Pasar Bisik Kuala Muda dekat sini.

Pasar yang terletak di sempadan Pulau Pinang dan Kedah itu, dikatakan mula beroperasi sejak tahun 1960-an sebagai tempat pendaratan pelbagai hasil tangkapan nelayan tempatan.

Sehingga kini, tradisi berbisik bukan sahaja sebati dalam kalangan penduduk setempat, malah menjadi tarikan pengunjung baharu serta pelancong yang singgah di situ.

Walaupun pasar yang asalnya cuma pondok kayu di tepi pantai itu sudah bertukar kepada bangunan untuk kemudahan jual beli mulai awal pagi hingga jam 12 tengah hari, namun kaedah berbisik kekal sebagai amalan.

Menyingkap kembali tradisi berbisik, amalan itu dikatakan bermula apabila orang ramai melihat hasil tangkapan nelayan yang dibawa naik ke pantai.

PASAR Bisik Kuala Muda terkenal dengan cara jual belinya berbisik untuk menentukan harga jualan. - Foto Amir Irsyad Omar
PASAR Bisik Kuala Muda terkenal dengan cara jual belinya berbisik untuk menentukan harga jualan. - Foto Amir Irsyad Omar

BERDASARKAN harga yang dibisik beberapa pelanggan, nelayan akan memilih pembeli mengikut harga yang dirasakan paling berbaloi. - Foto Amir Irsyad Omar
BERDASARKAN harga yang dibisik beberapa pelanggan, nelayan akan memilih pembeli mengikut harga yang dirasakan paling berbaloi. - Foto Amir Irsyad Omar

Ketika itu, pelanggan mula berbisik antara satu sama lain mengenai jenis ikan atau udang yang diminati mereka agar tidak menjadi rebutan antara satu sama lain.

Di samping menjanjikan hasil lautan yang segar, kaedah berbisik juga sememangnya memberi peluang pelanggan mendapat harga berpatutan bagi setiap sesi jual beli.

Nelayan, Mohd Noor Ibrahim, 57, berkata kaedah berbisik itu memerlukan pembeli menawarkan harga kepada nelayan untuk dipertimbangkan.

Beliau yang sudah lebih 40 tahun lalu mengamalkan kaedah itu, berkata ada cara dalam menawarkan harga kepada nelayan sebelum hasil tangkapan diputuskan untuk dijual kepada individu yang membida pada harga terbaik.

Katanya, pelanggan berpengalaman pastinya arif dengan kaedah berbisik iaitu mengetahui harga semasa pasaran hasil laut yang hendak dibeli sebelum membuat tawaran paling tinggi.

PASAR Bisik terletak di sempadan Pulau Pinang dan Kedah. - Foto Amir Irsyad Omar
PASAR Bisik terletak di sempadan Pulau Pinang dan Kedah. - Foto Amir Irsyad Omar

"Berdasarkan harga yang dibisik beberapa pelanggan, nelayan akan memilih pembeli mengikut harga yang dirasakan paling berbaloi dengan tangkapan yang diperoleh.

"Harga jualan berbeza mengikut musim. Sekiranya hasil tangkapan banyak, maka harga jualan adalah lebih rendah dan sebaliknya jika hasil tangkapan kurang, maka harga mungkin mahal sedikit daripada kebiasaan," katanya ketika ditemui di pasar itu.

Mohd Noor berkata, kebiasaannya hasil laut yang dibawa naik oleh nelayan ke pasar itu akan habis dijual, tetapi sekiranya berbaki ia akan disimpan dalam peti sejuk beku untuk dihantar ke pasar awam lain.

Katanya, setiap nelayan yang turun ke laut sekitar jam 5 pagi, akan pulang ke pangkalan lima jam kemudian bermula dengan bot udang sebelum disusuli hasil lain seperti ketam dan ikan.

Ketua Unit Nelayan Kuala Muda, Muhammad Wan Chik, 51, berkata ada kira-kira 1,000 nelayan aktif dari kawasan Kuala Muda, Bakau Tua dan Pulau Mertajam.

PERUNDINGAN antara nelayan dan pembeli dilakukan secara berbisik seolah-olah meletakkan harga tender - Foto Amir Irsyad Omar
PERUNDINGAN antara nelayan dan pembeli dilakukan secara berbisik seolah-olah meletakkan harga tender - Foto Amir Irsyad Omar

Beliau berkata, kebanyakan mereka termasuk dari bagan, menjual hasil tangkapan menerusi pasar berkenaan kerana kedudukannya paling hampir, selain menjadi tumpuan peraih serta pelanggan.

"Secara purata, nilai jualan paling rendah pasar terbabit kira-kira RM50,000 sehari dan meningkat hingga RM300,000 pada musim tangkapan banyak," katanya.

Sementara itu, Rosnani Daud, 51, membeli hasil laut di pasar itu sejak 15 tahun lalu, kerana mengusahakan perniagaan barangan basah di Sungai Petani.

Katanya, pada mulanya dia membeli tanpa menggunakan kaedah berbisik seperti diamalkan nelayan di situ, tanpa menyedari itu pendekatan itu adalah salah.

"Saya kemudian menyedari harga hasil laut yang dibeli tanpa kaedah berbisik tidak menjanjikan pulangan modal dan bermula dari situ, saya mula belajar dengan melihat cara orang lain menawarkan harga kepada nelayan di sini.

"Walaupun harga jualan dipengaruhi hasil tangkapan nelayan, tapi saya masih boleh tawar-menawar. Kaedah berbisik memerlukan pembeli berunding dengan nelayan bagi mendapatkan harga yang berbaloi dan lebih murah," katanya.

SETIAP nelayan yang turun ke laut sekitar jam 5 pagi, akan pulang ke pangkalan lima jam kemudian. - Foto Amir Irsyad Omar
SETIAP nelayan yang turun ke laut sekitar jam 5 pagi, akan pulang ke pangkalan lima jam kemudian. - Foto Amir Irsyad Omar

Berita Harian X