Selasa, 16 Februari 2016 | 6:36am

Gempa 6.2 magnitud landa Kepulauan Auckland


PUSAT gempa bumi di barat laut Kepulauan Auckland. - Sumber Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS)

WELLINGTON: Gempa kuat 6.2 magnitud melanda pesisiran pantai New Zealand awal pagi ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran gempa berlaku jam 8.28 pagi waktu tempatan New Zealand yang berpusat di 219 kilometer di barat laut Kepulauan Auckland di selatan.

Gempa itu berlaku kurang seminggu sebelum ulang tahun kelima gempa kuat 6.3 magnitud yang Christchurch, yang meragut 185 nyawa dan dianggap bencana kematian paling buruk di New Zealand. - AFP

92 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »