Selasa, 16 Februari 2016 | 7:56pm
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim (kiri) menyerahkan sumbangan kepada, Ahmad Nizamuddin Setapa, 19, anak bongsu kepada Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Setapa Yusoff di HUSM, Kubang Kerian.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim (kiri) menyerahkan sumbangan kepada, Ahmad Nizamuddin Setapa, 19, anak bongsu kepada Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Setapa Yusoff di HUSM, Kubang Kerian.

Polis siasat pelaburan skim cepat kaya

MAZLAN (kanan) mendengar penerangan daripada doktor HUSM Kubang Kerian yang merawat Setapa. - Foto Siti Rohana Idris
MAZLAN (kanan) mendengar penerangan daripada doktor HUSM Kubang Kerian yang merawat Setapa. - Foto Siti Rohana Idris

KOTA BHARU: Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat mengenai penipuan skim cepat kaya di negeri ini.

Pihaknya juga sudah pun merujuk kes itu kepada timbalan pendakwaraya, pagi tadi untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata pihaknya juga sudah menjalankan siasatan awal untuk mengetahui kesalahan terperinci yang dibuat oleh syarikat terbabit

"Kita juga perlu merujuk pihak Bank Negara bagi mengetahui secara jelas berhubung kesalahan itu," katanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, tadi.

Mazlan ditemui selepas menziarah Timbalan Ketua Polis Kota Bharu, Suprintendan Setapa Yusoff, yang menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian kepala.

Beliau mengulas kejadian membabitkan sepasang warga emas dari Rancangan Tanah FELDA Perasu, Gua Musang, yang berputih mata apabila pelaburan sebanyak RM50,000 gagal mendapat pulangan seperti yang dijanjikan.

Difahamkan skim popular itu menjanjikan setiap pelaburan minimum RM350 (satu lot) akan membolehkan pelabur menerima RM100 setiap bulan dan pada tempoh matang iaitu bulan keempat, pulangan digandakan kepada RM800.

Syarikat skim cepat kaya itu dipercayai menjalankan pelaburan terhadap koperasi yang berurus niaga dalam bidang hartanah dan FOREX.

Mazlan turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran skim cepat kaya kerana ia adalah manipulasi daripada pihak penganjur untuk meraih keuntungan dengan cara yang salah.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X