Khamis, 18 Februari 2016 | 10:25pm

Virus Zika ditemui dalam air ketuban

epa05166311 A students of the municipal school Maria Azevedo Catarino observes larvas of a mosquito, during a conference by Brazilian Navy over the measures to fight the mosquito Aedes aegypti, that transmit the Zika virus, in municipality of Sao Joao de Meriti, in the state of Rio de Janeiro, Brazil, 17 February 2016. EPA/MARCELO SAYAO

LONDON: Penyelidik semalam melaporkan penemuan virus Zika dalam air ketuban dua wanita mengandung dan kedua-dua janin mereka didiagnosis dengan mikrosefali.

Dalam satu kajian diterbitkan jurnal Lancet Infectious Diseases, saintis berkata penemuan virus Zika boleh menembusi selaput plasenta (uri) atau air ketuban tetapi penemuan itu tidak membuktikan punca mikrosefali.

Mikrosefali penyakit yang mana bayi lahir dengan kepala kecil. Kajian lanjut diperlukan untuk menentukan kaitan antara mikrosefali dan virus Zika.

"Kajian ini tidak boleh menentukan jika virus Zika dalam dua kes ini menjadi punca jangkitan mikrosefali pada bayi.

"Sehingga kita memahami mekanisme biologi mengaitkan virus Zika dengan mikrosefali, kita tidak pasti kaitan kedua-duanya," kata penyelidik yang mengetuai kajian itu di Institut Oswaldo Cruz di Rio de Janeiro, Dr Ana de Filippis.

Ramai saintis percaya Zika, virus bawaan nyamuk yang melanda benua Amerika kini mungkin punca penyakit mikrosefali pada bayi serta penyakit saraf, sindrom Guillain-Barre. - Reuters

Berita Harian X