Jumaat, 19 Februari 2016 | 11:42am

Polis tubuh pasukan petugas kesan Dr Sugumaran

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menubuhkan pasukan petugas bagi mengesan kehilangan doktor di klinik Parlimen, Dr B Sugumaran.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata siasatan menyeluruh sedang dilakukan meliputi semua aspek dan setakat ini kes masih diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH).

"Setakat pagi ini, belum ada sebarang petunjuk baharu mengenai kehilangan beliau (Sugumaran).

"Kita baru menerima laporan (kehilangan) kelmarin dan petunjuk yang ada juga tidak mengaitkan sebarang aktiviti jenayah dan kes masih disiasat sebagai OH, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen/daerah terbaik Op Selamat 8/2016 sempena Tahun Baharu Cina di pekarangan bangunan KL Sentral, sebentar tadi.

Berita Harian X