Isnin, 20 Oktober 2014 | 1:13pm

Polis Marin rampas rokok putih RM10.9 juta di Tawau

PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (tengah) menunjukkan rokok yang berjaya dirampas di kawasan perairan Ice Box, selepas penyeludup menukar taktik menggunakan kapal dagang. - Foto Norasikin Daineh

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas kira-kira 532,500 bungkus rokok putih dianggarkan bernilai RM10.9 juta dalam Ops Paradise di kawasan perairan Ice Box, dekat sini, Jumaat lalu.

Semua rokok terbabit dirampas susulan pemeriksaan ke atas sebuah kapal dagang tukar barang yang dalam perjalanan ke Filipina, kira-kira jam 5.50 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata operasi berkenaan dijalankan hasil risikan dan pemantauan PPM Tawau di perairan berkenaan dan rampasan itu juga adalah yang terbesar tahun ini.

"PPM turut menahan seorang juragan dan dua awak-awak dalam bot berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu membawa atau memunggah barangan yang belum lulus cukai Jabatan kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Berita Harian X