Sabtu, 20 Februari 2016 | 12:56am

Novelis Harper Lee meninggal dunia

GAMBAR fail pada 20 Ogos, 2007, penulis novel, mendiang Harper Lee sewaktu majlis menghormati empat ahli baru dari Alabama Academy of Honor di Capitol, Montgomery, Alabama. - Foto AP
GAMBAR fail pada 20 Ogos, 2007, penulis novel, mendiang Harper Lee sewaktu majlis menghormati empat ahli baru dari Alabama Academy of Honor di Capitol, Montgomery, Alabama. - Foto AP

NEW YORK: Harper Lee, penulis novel "To Kill a Mockingbird", meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Jurucakap HarperCollins, Tina Andreadis mengesahkan kematian penulis itu kepada The Associated Press semalam.

Novel itu yang menceritakan pandangan anak kecil berhubung ketidakadilan kaum di sebuah bandar kecil di selatan, menjadi pilihan jutaan golongan muda. Lee juga memenangi anugerah Oscar untuk novel yang dijadikan filem itu.

Untuk kebanyakan kehidupannya, Lee membahagikan masanya antara bandar raya ini, di mana beliau menulis novel berkenaan pada tahun 1950an dan tempat asalnya di Monroeville yang memberi inspirasi kepada penghasilan buku fiksyen, Maycomb.

"To Kill a Mockingbird," diterbitkan pada 1960an, menceritakan kisah seorang gadis bernama Scout membesar di bandar selatan pada era kemelesetan.

Seorang lelaki kulit hitam dituduh secara salah merogol seorang wanita kulit putih dan bapa Scout, peguam Atticus Finch, mempertahankannya walaupun menerima ancaman dan kecaman ramai.

Buku itu segera menjadi antara yang terlaris, memenangi Anugerah Pulitzer dan dijadikan filem pada tahun 1962, dengan aktor Gregory Peck menang Oscar untuk wataknya sebagai Atticus. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X