Ahad, 21 Februari 2016 | 6:35pm

Eina Azman tak berniat rahsiakan kelahiran bayi kembar

EINAselamat melahirkan anak kembar pada 19 Februari lalu.
EINAselamat melahirkan anak kembar pada 19 Februari lalu.

KUALA LUMPUR: Pelakon Eina Azman, 21, yang selamat melahirkan bayi kembar, Jumaat lalu, menjelaskan dia tidak berniat merahsiakan perkara itu kepada umum.

Eina memberitahu BH Online, dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah sepakat merahsiakan kelahiran bayi kembar mereka kepada peminat dan keluarga.

"Sebelum ini, bukan niat saya merahsiakan sedang hamil anak kembar. Saya dan suami sebenarnya mahu membuat kejutan kepada semua pihak," katanya.

Malah, Eina berkata, ada antara ahli keluarganya tidak dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

"Pada peringkat itu, kami fikir tidak manis untuk menghebahkan perkara terbabit terlalu awal," katanya.

EINAselamat melahirkan anak kembar pada 19 Februari lalu.
EINAselamat melahirkan anak kembar pada 19 Februari lalu.

Mengenai bayi kembarnya, Eina memberitahu, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram dilahirkan pada jam 4.06 petang, Jumaat lalu. Manakala, bayi perempuan seberat 1.8 kilogram, seminit sebelum.

Biarpun masih kekok menggalas tanggungjawab sebagai ibu, namun kesakitan bersalin lenyap selepas menatap wajah comel dua anaknya.

"Saya sebenarnya dijadual bersalin secara pembedahan pada 19 Mac depan. Namun, saya tidak mahu mengambil risiko itu.

"Saya bersalin selepas hamil 37 minggu lima hari," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X