Isnin, 22 Februari 2016 | 12:31am

Putera Arab Saudi gesa negara Islam perangi keganasan

PUTERA Turki al-Faisal
PUTERA Turki al-Faisal

ABU DHABI: Seorang putera terkemuka Arab Saudi berkata negara Islam perlu menerajui perang terhadap keganasan.

Putera Turki al-Faisal mengeluarkan kenyataan itu di sini ketika Abu Dhabi menganjurkan latihan ketenteraan dengan 20 negara anggota pakatan Islam memerangi keganasan.

Pakatan itu diisytiharkan Arab Saudi pada Disember tahun lalu.

Putera itu memberitahu wartawan, pakatan itu sepatutnya sudah ditubuh lebih awal lagi kerana kebanyakan mangsa keganasan adalah umat Islam sendiri.

Semua Menteri Pertahanan gabungan daripada 34 negara dijadualkan mengadakan mesyuarat pertama di Arab Saudi pada Mac ini.

Gabungan negara terbabit bakal memiliki hab logistik berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi.

Negara saingan serantau seperti Iran, Syria dan Iraq bukan ahli gabungan itu meskipun ketiga-tiganya memerangi militan IS. -AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X