Isnin, 22 Februari 2016 | 12:04pm

Guna dron tangani virus Zika

BRASILIA: Pihak berkuasa Brazil mengambil langkah tegas memerang penularan Zika dengan menghantar dron untuk mencari dan memusnahkan pusat pembiakan nyamuk Aedes aegypti, yang turut membawa demam denggi.

Bandar raya paling padat di Brazil, Sao Paolo, menggunakan pesawat kawalan jauh itu untuk mencari kesan nyamuk di taman, rumah teres dan bangunan.

Kira-kira 60 juta pusat penduduk dan perniagaan menjadi sasaran dron untuk tujuan pemeriksaan.

Di sebalik 27.5 juta bangunan yang diperiksa, 60 peratus rumah sukar dihampiri kerana penduduk menghalang tentera dan kakitangan kerajaan memasuki kediaman mereka atas alasan peribadi.

Justeru, kerajaan menggunakan dron sebagai peralatan memasuki wilayah seperti itu.

Isu peribadi menjadi perbalahan antara kerajaan persekutuan dan rakyat. - AGENSI

Berita Harian X