Isnin, 22 Februari 2016 | 1:14pm

Fazura jelmaan Marilyn Monroe

FAZURA.
FAZURA.

KUALA LUMPUR: Tanggal 26 Februari ini pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura, bakal dijelmakan sebagai Marilyn Monroe di sebuah hotel terkemuka tanah air.

Malah di laman Instagram, pelakon itu juga sedang rancak memuatkan gambar yang menjelmakan dirinya persis mendiang aktres Amerika Syarikat zaman 1950-an itu.

Ia sebenarnya sebahagian daripada pembabitan Fazura menjayakan kempen busana perkahwinan pereka terkenal, Rizman Ruzaini bagi tahun ini.

Fazura, bukan asing lagi dengan label rekaan itu, malah sudah lebih 10 kali beliau menjayakan kempen pereka itu yang memasuki tahun ke-11 kewujudannya.

Pemilihan Fazura juga disebabkan pereka duo itu menyifatkan beliau sebagai puteri fesyen dan wanita yang menjadi dambaan ramai kerana kejelitaannya.

Pada pertunjukan fesyen Jumaat ini, Rizman Ruzaini akan mempamerkan 16 hingga ke 20 pasang persalinan kahwin buat tatapan tetamu yang hadir.

Berita Harian X