Rabu, 24 Februari 2016 | 9:00am

Gempa bumi landa barat laut California

LOS ANGELES: Gempa bumi dengan kekuatan 4.9 magnitud melanda barat laut Bakersfield, California, semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi dikesan pada kedalaman amat cetek, hanya lebih 320 meter di bawah permukaan bumi.

Ia berpusat hampir enam kilometer di barat daya dari bandar Wasco, kira-kira 38.5 kilometer ke barat laut Bakersfield. - REUTERS

Berita Harian X