Khamis, 25 Februari 2016 | 3:59pm

Pemandu teksi disamun

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengalami kerugian hampir RM1,000 selepas disamun dua lelaki menggunakan pisau dalam kejadian di Jalan Jambu Mawar, Sentul di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa lelaki berusia 56 tahun itu meletakkan kenderaannya di tepi jalan sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 didakwa mengacu pisau ke arah mangsa.

"Mangsa yang bimbang dicederakan, menyerahkan telefon bimbit dan wang tunai RM300, selain pasport isterinya.

"Suspek melarikan diri menaiki motosikal menghala ke Sentul," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seskyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata.

Berita Harian X