Khamis, 25 Februari 2016 | 4:44pm

Bersamamu rai 17 peserta tunai umrah

PENGURUS Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Feisal Malek (kanan) beramah mesra bersama sebahagian 17 peserta termasuk lapan orang kurang upaya (OKU) yang terpilih mengerjakan umrah ketika diraikan di Menara Felda, hari ini. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) menerusi program Bersamamu yang disiarkan TV3, hari ini meraikan 17 peserta termasuk lapan orang kurang upaya (OKU) yang terpilih mengerjakan umrah atas pembiayaan syarikat itu.

Penerbit Eksekutif Jabatan Majalah dan Dokumentari Primeworks Studios, Mazlin Nordin, berkata inisiatif berkenaan adalah program umrah ketiga keluarga Bersamamu sepanjang 10 tahun bersiaran.

"Bagaimanapun, edisi ketiga ini mempunyai kelainan apabila kita membawa golongan OKU bersama.

"Ia adalah sempena tahun ke-10 rancangan Bersamamu disiarkan dan kita memenuhi permintaan mereka untuk menunaikan umrah.

"Kita turut menerima sumbangan pelbagai pihak bagi merealisasikan impian mereka," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan kumpulan itu, hari ini.

Mengenai kriteria pemilihan peserta, Mazlin berkata mereka dipilih berdasarkan data yang dikumpulkan berkaitan perkembangan masing-masing.

Berita Harian X