Khamis, 25 Februari 2016 | 4:53pm

LGBT Indonesia dikecam


MENTERI Pertahanan, Ryamizard Ryacudu. - Sumber tempo.com

JAKARTA: Komuniti gay di Indonesia berhadapan tindak balas yang tidak disangka apabila menteri dan pemimpin agama mengecam amalan homoseksual, laman web golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) disekat dan sekumpulan penduduk melancarkan serbuan anti-gay.

Apabila seorang menteri mengkritik perkhidmatan kaunseling kepada pelajar gay di sebuah universiti bulan lalu, ia mencetuskan perbahasan hangat media dan memulakan apa yang dilihat sebagai serangan berterusan ke atas hak golongan gay.

Menteri Pertahanan, Ryamizard Ryacudu, minggu ini melabelkan pengaruh komuniti gay sebagai ancaman dan berkata memerangi sama seperti 'bentuk peperangan moden.'

"Ia bahaya kerana kita tidak dapat melihat musuh kita tetapi tiba-tiba sudah dipengaruhi," beliau dipetik sebagai berkata oleh laman berita Tempo.

Kerajaan menutup laman web, mengharamkan program televisyen menunjukkan gaya hidup gay dan mendesak semua aplikasi mesej pantas membuang imej jantina sama jenis seperti lelaki memegang tangan dan bendera pelangi atau berhadapan pengharaman. - AFP

Berita Harian X