Jumaat, 26 Februari 2016 | 12:02am
DEKORASI dalaman Calanthe Art Cafe yang banyak menggunakan bahan kitar semula. - Foto Khairunisah Lokman
DEKORASI dalaman Calanthe Art Cafe yang banyak menggunakan bahan kitar semula. - Foto Khairunisah Lokman
Calanthe Art Cafe yang disenaraikan majalah Lonely Planet sebagai premis mesti lawat di Melaka kerana keunikan hidangan kopinya. - Foto Khairunisah Lokman
Calanthe Art Cafe yang disenaraikan majalah Lonely Planet sebagai premis mesti lawat di Melaka kerana keunikan hidangan kopinya. - Foto Khairunisah Lokman
PELBAGAI jenis kopi dihidangkan di Calanthe Art Cafe, Jalan Hang Kasturi. - Foto Khairunisah Lokman
PELBAGAI jenis kopi dihidangkan di Calanthe Art Cafe, Jalan Hang Kasturi. - Foto Khairunisah Lokman
DEKORASI dalaman Calanthe Art Cafe yang banyak menggunakan bahan kitar semula. - Foto Khairunisah Lokman
DEKORASI dalaman Calanthe Art Cafe yang banyak menggunakan bahan kitar semula. - Foto Khairunisah Lokman
KOPI yang sudah dibotolkan juga dijual di Calanthe Art Cafe, Jalan Hang Kasturi. - Foto Khairunisah Lokman
KOPI yang sudah dibotolkan juga dijual di Calanthe Art Cafe, Jalan Hang Kasturi. - Foto Khairunisah Lokman
LAGI pilihan kopi pelbagai aroma. - Foto Khairunisah Lokman
LAGI pilihan kopi pelbagai aroma. - Foto Khairunisah Lokman
ANTARA minuman berasaskan kopi yang dihidangkan. - Foto Khairunisah Lokman
ANTARA minuman berasaskan kopi yang dihidangkan. - Foto Khairunisah Lokman

Aroma kopi 13 negeri bawah satu bumbung


MELAKA: Kopi adalah minuman popular antarabangsa yang mana setiap kawasan atau negeri tertentu ada cita rasa dan cara penyediaan tersendiri.

Di Malaysia, nama seperti kopi Tenom dari Sabah, kopi Muar dari Johor dan Kopi Putih Ipoh dari Perak menunjukkan fakta itu yang merujuk kepada rasa yang berbeza serta cara penyediaan tertentu bermula daripada pemilihan biji kopi.

Di Jonker Walk, seorang pemilik kafe menampilkan kelainan dengan mengumpulkan 13 aroma kopi dari 13 negeri.

Menambah keunikan cita rasa kopi tradisi, Calanthe Art Cafe di Jalan Hang Kasturi turut menyajikan kopi mengikut 'selera' sesebuah negeri di negara ini.

Dari bau aroma kopi panggang yang keras di negeri Kelantan hinggalah kepada keunikan kopi liberica dari Kluang dan Batu Pahat, Johor, yang dijual secara panas, sejuk atau diadun. (blended).

Pengurusnya, Joseph Chia, 33, berkata idea menghimpunkan semua jenis kopi timbul secara spontan ketika hendak memulakan perniagaan itu pada tahun 2005.

Sebagai penggemar kopi, Chia bersama seorang lagi pengasas kafe yang hanya mahu dikenali sebagai Joe pergi ke setiap negeri semata-mata mahu mendapatkan cita rasa kopi tempatan, selain mempelajari teknik pembikinan kopi sejati.

"Ketika itu, belum ada lagi kemudahan internet membuatkan kami membeli buku panduan pelancongan, sebelum memulakan penjelajahan pada tahun 2004.

"Bermula dari Melaka, kami ke Selangor, Perak, Kedah sehinggalah ke seluruh negara semata-mata mahu mendapatkan kopi digemari masyarakat setempat.

"Ia tidak semestinya kopi terbaik dan popular, apa yang kami mahukan ialah kopi yang benar-benar digemari masyarakat setempat," katanya.

Mengenai kopi paling digemari pelanggan, Chia berkata biji kopi dari Johor paling mendapat tempat kerana keunikan rasa dan aromanya.

Kopi liberica dikomersialkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), selain kopi dari Kelantan dan Perak.

PEMILIK Calanthe Art Cafe, Joseph Chia bergambar bersama kakitangannya. - Foto Khairunisah Lokman
PEMILIK Calanthe Art Cafe, Joseph Chia bergambar bersama kakitangannya. - Foto Khairunisah Lokman

KOPI yang dihidangkan di Calanthe Art Cafe, Jalan Hang Kasturi. - Foto Khairunisah Lokman
KOPI yang dihidangkan di Calanthe Art Cafe, Jalan Hang Kasturi. - Foto Khairunisah Lokman

Baginya, setiap negeri mempunyai aroma biji kopi berbeza bergantung kepada cita rasa masyarakat tempatan.

Katanya, ilham menyediakan kopi cita rasa satu Malaysia di sebuah kedai timbul apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam, ketika itu mengetengahkan idea "jika pelancong melawat Melaka seperti melawat Malaysia."

"Kami menggunakan konsep sama bagi sajian minuman kopi," katanya.

Tinjauan mendapati, keasyikan menikmati kopi di situ bertambah menarik kerana ia dibuat di bangunan lama yang sudah berusia 100 tahun dengan hiasan dalaman yang sesuai.

"Membawa satu lagi kelainan, mulai awal tahun ini Calanthe Art Cafe memperkenalkan satu lagi produk kopi terbaharu yang dibotolkan untuk sedia diminum. Ia adalah gabungan aroma biji kopi Johor dan Pulau Pinang," katanya.

Keunikan kafe berkenaan menyebabkan ia menjadi tumpuan penggemar kopi seluruh dunia dari kalangan pelancong yang mengunjungi Melaka dan dikategorikan sebagai premis wajib lawat oleh majalah pelancongan antarabangsa, Lonely Planet.

Berita Harian X