Rabu, 2 March 2016 | 7:23am

Selebriti sokong pembebasan pengasas Wikileaks


PENGASAS Wikileaks, Julian Assange. - Foto Reuters

LONDON: Beberapa selebriti termasuk artis dari China, Ai Weiwei, produser filem Amerika Syarikat (AS), Oliver Stone dan pereka fesyen British terkenal Vivienne Westwood antara yang menandatangani petisyen meminta agar pengasas Wikileaks, Julian Assange dibebaskan.

Selebriti terbabit adalah antara 500 orang yang menandatangani petisyen untuk diserahkan kepada Britain dan Sweden, menggesa mereka menguatkuasakan pandangan panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan Assange ditahan tanpa sebarang pemeriksaan.

"Kami menggesa Sweden dan United Kingdom agar menghormati perjanjian hak asasi manusia seperti keputusan yang sudah dibuat," kandungan keterangan petisyen yang diserahkan jurucakap Assange.

Antara bekas ahli politik yang turut menandatangani, Menteri Kewangan Greek, Yanis Varoufakis, Pengarah Mexico, Alfonso Cuaron dan Penulis Novel India, Arundhati Roy termasuk pemenang hadiah nobel Iran, Shirin Ebadi.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Assange untuk disoal siasat di Sweden atas dakwaan rogol.

Namun dakwaan itu dinafikan dan dia mengatakan takut di ekstradisi ke Amerika Syarikat selepas WikiLeaks menerbitkan beratus ribu dokumen tentera dan diplomatik rahsia mengenai peperangan di Afghanistan dan Iraq serta aktiviti diplomatik Amerika Syarikat. - AFP

52 dibaca
Berita Harian X