Rabu, 2 March 2016 | 9:52am

Trump dituduh menipu

CALON presiden Republikan, Donald Trump. - Foto AFP

NEW YORK: Calon presiden Republikan, Donald Trump, berhadapan masalah undang-undang apabila mahkamah New York membenarkan dakwaan penipuan bernilai jutaan dolar terhadap Universiti Trump, yang difailkan peguam negeri itu, diteruskan.

Dakwaan itu sebahagian daripada saman yang menuduh Trump dan badan kerja sama keuntungan yang kini sudah tidak berfungsi sebagai mengelirukan orang ramai yang membayar hingga AS$35,000 (RM145,000) untuk mempelajari strategi pelaburan hartanah hartawan itu.

Universiti Trump, yang dipengerusikan hartawan berkenaan, menjadi sasaran pencabarnya untuk pencalonan presiden parti itu, terutama Marco Rubio.

Saman Peguam Negara, Eric Schneiderman, yang difailkan pada 2013, menuntut pemulangan selain penalti dan kos lain berjumlah AS$40 juta (RM166 juta), kata pejabatnya.

Keputusan oleh panel empat hakim di mahkamah rayuan peringkat pertengahan di Manhattan menjadikan kes itu semakin hampir dibicarakan.

Ia juga membuka jalan kepada rakan kerjasama Trump untuk bertanggungjawab kerana dakwaan tidak memerlukan bukti wujud niat untuk menipu. - Reuters

Berita Harian X