Rabu, 2 March 2016 | 1:05pm
INDIVIDU bertaraf jutawan paling ramai di Asia Pasifik pada 2016, seramai 590 orang, demikian menurut kedudukan terkini 30 FORBES bagi senarai tahunan jutawan dunia.
INDIVIDU bertaraf jutawan paling ramai di Asia Pasifik pada 2016, seramai 590 orang, demikian menurut kedudukan terkini 30 FORBES bagi senarai tahunan jutawan dunia.

Individu jutawan paling ramai di Asia Pasifik pada 2016

SINGAPURA: Individu bertaraf jutawan paling ramai di Asia Pasifik pada 2016, seramai 590 orang, demikian menurut kedudukan terkini 30 FORBES bagi senarai tahunan jutawan dunia.

Ia disusuli Amerika Syarikat (AS) dengan seramai 540 jutawan, manakala Eropah mempunyai 489 jutawan.

Dalam terbitan 21 Mac 2016 majalah itu, FORBES menyenaraikan jutawan dari 67 negara dan wilayah tahun ini berbanding 70 pada 2015.

Ia berkata, tahun ini tiada jutawan dari Guatemala, Kuwait, Lithuania, St Kitts and Nevis dan Uganda.

"Kekayaan semakin meluas ke tempat baharu dunia, dengan Qatar, kini turut tersenarai," katanya.

Mengikut negara, Amerika Syarikat mendahului dengan bilangan terbesar jutawan, seramai 540, diikuti China (251), Jerman (120), India (84) dan Russia (77).

California saja mempunyai 131 jutawan, termasuk sembilan pendatang baharu.

Secara individu, FORBES kata Bill Gates sekali lagi mengungguli sebagai orang paling kaya di dunia.

Pakar teknologi itu mendahului senarai selama 17 daripada 22 tahun lalu, dengan nilai aset bersih semasa AS$75 bilion, turun daripada AS$79.2 bilion pada 2015.

Peruncit pakaian Sepanyol, Amancio Ortega, yang terkenal atas rantaian fesyen Zara berada di tempat kedua, meningkat dua kedudukan, dengan aset bersih meningkat sebanyak AS$2.5 bilion kepada AS$67 bilion.

Warren Buffett, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Berkshire Hathaway kekal di tempat ketiga, walaupun nilai aset bersihnya susut AS$11.9 bilion kepada AS$60.8 bilion.

Secara keseluruhannya, jumlah nilai bersih milik kesemua jutawan tahun ini sebanyak AS$6.48 trilion, susut daripada AS$7.05 trilion tahun lalu.

Secara kasarnya, FORBES berkata dua pertiga daripada mereka yang disenarai atau 1,186 orang, adalah jutawan menerusi usaha sendiri, 228 mewarisi kekayaan, 396 lagi mewarisi sebahagian kekayaan dan mengembangkannya.

Mark Zuckerberg, pengasas laman web rangkaian sosial Facebook, buat pertama kali memasuki senarai 10 individu terkaya dunia, berada di tangga keenam.

Beliau meraih kekayaan terbesar dalam senarai 2016, dengan kekayaannya bernilai AS$11.2 bilion menjadikan nilai bersih berjumlah AS$44.6 bilion.

Menurut FORBES, 198 jutawan baharu memasuki senarai, susut berbanding 290 pendatang baharu pada 2015, dengan China paling ramai, menambah 70 individu ke dalam senarai. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X