Rabu, 2 March 2016 | 1:09pm

49 calon STPM Perak peroleh semua A

IPOH: Seramai 4,010 daripada 4,116 atau 97.72 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan di Perak lulus penuh peperiksaan berkenaan.

Pengarah Pendidikan Perak, Rozi Puteh Ismail, berkata pencapaian berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 0.59 peratus berbanding pencapaian 98.01 peratus lulus penuh tahun lalu.

Katanya, sebanyak 29 sekolah mencatatkan pencapaian lulus 100 peratus, manakala 49 pelajar atau 1.19 peratus mendapat A dalam semua mata pelajaran yang bersamaan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

"Jumlah itu adalah penurunan sebanyak 0.14 berbanding 53 orang atau atau 1.33 peratus calon pada tahun 2014.

"Sebanyak 28 sekolah menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Hua Lian, Taiping menjadi mencatat GPS tertinggi negeri iaitu 3.35.

"SMK Sam Tet pula mencatatkan bilangan peningkatan PGNK tertinggi negeri dengan 11 daripada calonnya mendapat PGNK 4.0," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan STPM 2015 negeri, di sini sebentar tadi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X