Rabu, 2 March 2016 | 1:33pm
Donald Trump (kiri) dan Hillary Clinton.
Donald Trump (kiri) dan Hillary Clinton.

Clinton, Trump bakal calon Demokrat, Republikan

WASHINGTON: Hillary Clinton dan Donald Trump, masing-masing menang sebahagian besar dalam Pemilihan Utama Super Tuesday dan dilihat bakal menjadi calon Presiden bagi parti Demokrat dan Republikan.

Clinton menang tujuh daripada 11 pemilihan pencalonan bagi parti Demokrat dan mendahului di negeri ketujuh manakala pencabarnya, Bernie Sanders menang tiga negeri.

Clinton menang di Georgia, Virginia, Alabama, Tennessee, Texas, Massachusetts dan Arkansas manakala Bernie Sanders berjaya di Vermont Oklahoma, Minnesota dan Colorado.

Di pihak Republikan, Trump turut meraih kemenangan dalam enam daripada 11 persaingan dan turut mendahului pertandingan ketujuh manakala pencabarnya, Ted Cruz, memang dua dan Marco Rubio mendahului di satu negeri.

Beliau menang di Georgia, Alabama, Massachusetts, Virginia, Arkansas dan Tennessee.

Dengan tiga kemenangan sebelum Super Tuesday, Clinton kini menang 10

pemilihan, yang boleh membuka jalan kepadanya menulis sejarah sebagai wanita pertama menang pencalonan presiden di Amerika Syarikat. - Agensi

Berita Harian X