Rabu, 2 March 2016 | 9:34pm

Najib junjung kasih kepada Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjunjung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berkenan mencemar duli menyampaikan Tokoh Negarawan Ulung kepada ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien.

"Menjunjung kasih Sultan Perak yang berkenan menyampaikan Tokoh Negarawan Ulung dianugerahkan Utusan kepada ayahanda. 

"Penganugerahan ini bagi mengenang jasa ayahanda sebagai arkitek pembangunan negara...Sepanjang khidmat beliau kepada negara amat bermakna, terutamanya buat patik dan keluarga," katanya menerusi entri Facebooknya, hari ini.

Kelmarin, Sultan Nazrin Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Negarawan Ulung, Anugerah Bisnes Utusan (UBA) kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang diterima oleh bonda Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd Noah.

Majlis itu bersempena Anugerah Bisnes Utusan 2015 yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Datuk Mohd Noordin Abbas. 

Anugerah itu bagi mengiktiraf dan menghargai syarikat dan individu yang  menyalurkan sumbangan kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Berita Harian X