Khamis, 3 March 2016 | 1:08pm
SERAMAI sepuluh daripada sebelas orang pelajar yang hadir menerima keputusan rasmi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 sekolah-sekolah negeri Melaka anjuran Jabatan Pendidikan Melaka yang disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari di Dewan Bestari, Bukit Baru, Melaka.- Foto Rasul Azli Samad.

SPM 2015: 280 calon cemerlang di Melaka

MELAKA: Seramai 280 daripada 14,500 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Melaka tahun lalu memperoleh keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran, menurun 2.29peratus berbanding tahun 2014.

Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari, berkata keseluruhan pencapaian SPM di negeri ini meningkat dengan Gred Purata Negeri (GPN) 5.25, berbanding 5.17 pada 2014.

"Hampir 95 peratus sekolah di negeri ini mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik, iaitu 6.75 sekali gus menggambarkan Jabatan Pendidikan Melaka melaksanakan tugas dengan baik dalam bidang pendidikan.

"Tahun ini, semua mata pelajaran teras mencatatkan peratus lulus melebihi 77 peratus dan enam mata pelajaran mengatasi nasional antara 0.5 peratus hingga 1.9 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pengumuman keputusan SPM Melaka 2015 di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Melaka, pagi tadi.

Berita Harian X