Khamis, 3 March 2016 | 1:10pm

SPM 2015: Jumlah lulus semua subjek di Sabah meningkat

KOTA KINABALU: Peratus calon lulus semua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di negeri ini, meningkat 7.97 peratus kepada 15,352 orang berbanding 13,030 calon pada tahun 2014.

Daripada jumlah itu, seramai 142 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, bagaimanapun berkata pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) merosot 0.09 kepada 5.66 berbanding 5.57 pada 2014.

Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu mendahului senarai sekolah terbaik SPM 2015 di negeri ini dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.54, diikuti SM Sains Kota Kinabalu (2.60); SM St Michael, Penampang (2.97) dan SMK Agama Kota Kinabalu (3.36).

SM All Saints, Kota Kinabalu (3.68); SM Ugama Islamiah, Tawau (3.71); SMK Agama Tun Ahmadshah (3.86); SM St John Tuaran (3.89); SMK St Patrick, Tawau (3.95) dan SMK Perempuan, Sandakan (3.96).

Sementara itu, pelajar SM All Saints, Kota Kinabalu, Netta Lee Hui Ying mendahului senarai pelajar cemerlang SPM Sabah pada tahun lalu dengan memperoleh sembilan A+, 1A dan 1A-.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X