Khamis, 3 March 2016 | 1:27pm

SPM 2015: 9 calon Orang Asli cemerlang di Pahang

ANTARA gelagat sebahagian pelajar lepasan SPM pada majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Bukit Rangin. - Foto Farizul Hafiz Awang
ANTARA gelagat sebahagian pelajar lepasan SPM pada majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Bukit Rangin. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Seramai 306 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 341 calon pada tahun 2014.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail, berkata jumlah Gred Purata Negeri (GPN) juga menunjukkan penurunan kepada 4.94 berbanding 4.87 pada tahun sebelumnya.

"Sebanyak 11 sekolah dikategorikan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) bawah 3.00 mata," katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, di sini sebentar tadi.

Rosdi berkata, seramai empat pelajar muncul calon paling cemerlang selepas memperoleh Gred Purata Individu penuh, manakala sembilan pelajar Orang Asli memperoleh keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 5A.

Seramai 19,741 pelajar menduduki SPM di seluruh negeri ini tahun lalu berbanding 20,856 pada tahun 2014.

Berita Harian X